Ikuti Kami:

“Somin Asyik Cari Sechan, Dia Seperti Teman Lelaki Sebenar Awak..” – Yoo Jaesuk

“Somin Asyik Cari Sechan, Dia Seperti Teman Lelaki Sebenar Awak..” – Yoo Jaesuk

Baru-baru ini, “Running Man” telah sama-sama meraikan tahun baru bersama penonton dalam siaran yang ditayangkan pada 1 Januari.

Khususnya dalam episod tersebut, model Joo Woo-jae telah tampil sebagai tetamu menggantikan Yang Se-chan, yang datang lewat kerana jadualnya.

Ketika sedang dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti, Jeon So-min adalah satu-satunya ahli yang mencari Yang Se-chan. Dia berkata sambil menunjukkan ekspresi sedih,

Saya rindu Se-chan.

Mendengar kenyataan itu, Yoo Jae-suk berkata,

So-min asyik terus mencari Se-chan setiap kali dia tiada. Dia seperti teman lelaki sebenar awak.

Tambah Kim Jong-kook,

Tidak seperti rupanya, Se-chan agak popular.

running man

Bersetuju dengan pujian itu, Jeon So-min turut mengulas,

Se-chan seorang yang sederhana. Dia seorang yang popular, lebih daripada yang saya sangka.

Dalam pada itu, selepas mengubah masa tayangan, rating “Running Man” berjaya meningkat tinggi pada awal 2023. Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...