Adakah “Running Man” kembali menunjukkan taringnya menerusi tayangan terbaru baru-baru ini?

Setelah bertahun-tahun bersiaran dalam slot 5.00 petang, akhirnya progam popular SBS itu telah menganjak tayangan pada jam 6.20 petang bermula 1 Januari 2023.
Menurut Nielsen Korea, rating penonton berusia 20 – 49 tahun mencapai 4.4% sekaligus mengalahkan catatan “2 Days 1 Night Musim Ke-4” dan “King Of Masked Singer”. Terbukti, bahawa “Running Man” menjadi pilihan kumpulan usia itu meskipun ianya mengubah slot tayangan kini. Bagi titik tertinggi, ianya mencapai hingga 8.3% dan rating umum turut meningkat ke 6.6%.
Dalam episod kali ini, mereka mengadakan episod istimewa yang diinspirasikan oleh program lama “Family Outing” di bawah nama “Running Man Outing”. Secara semula jadi, mereka terbahagia kepada dua kumpulan yang tidak biasa dengan konsep itu dan yang pakar iaitu bekas ahli “Family Outing” iaitu Kim Jong-kook dan Yoo Jae-suk.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.