Solar & Moonbyul Bakal Debut Sebagai Sub-Unit Pertama MAMAMOO
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Solar dan Moon-byul MAMAMOO bakal bergabung untuk satu kumpulan sub-unit pertama! Yay!
Artikel Berkaitan
Terbaru, perkara itu disahkan sendiri oleh agensi mereka iaitu RBW.
Solar dan Moon-byul tengah membuat persiapan untuk melancarkan album baru sebagai sub-unit pada hujung bulan ini.
Agensi itu menambah lagi,
Tarikh dan maklumat pelancaran album tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pada 2016, MAMAMOO mengadakan konsert solo pertama mereka, keempat-empat ahli itu membuat persembahan dengan kumpulan yang berlainan namun kali ini, MAMAMOO akan mempunyai sub-unit pertama mereka secara rasmi.
Kalau korang nak tahu, MAMAMOO telah mengumumkan bahawa mereka turut merancang untuk melancarkan album terbaru dan mengadakan konsert secara berkumpulan.
Dah ready ke untuk sub-unit terbaru Solar dan Moon-byul?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




