Ikuti Kami:

Ravi Jadi MC Perjumpaan Peminat Pertama Wheein MAMAMOO

Ravi Jadi MC Perjumpaan Peminat Pertama Wheein MAMAMOO

Umum pasti mengenali kumpulan penyanyi wanita yang terkenal, MAMAMOO yang kini sudah menjangkau hampir 8 tahun berkecimpung dalam industri hiburan K-Pop sejak debut mereka pada tahun 2014. Namun, ahli kumpulannya, Wheein yang sudah mula membuat debut solonya sejak 2018 kini kembali dengan khabar terbaru.

Sejak 2018 lagi, Wheein sudahpun melancarkan debut digital solo pertamanya, “Easy” dan pada tahun 2019 pula, dia sekali lagi melancarkan album single pertamanya, “Soar”. Berdasarkan pelancaran kedua-dua single solonya, Wheein berjaya menambat hati pendengar kerana kedua-duanya berjaya meraih perhatian peminat dan sehingga kini mereka amat menantikan projek terbarunya.

Agensinya, The Live telah memuat naik gambar konsep pertama Wheein untuk perjumpaan bersama peminat, “D-Day” melalui akaun sosial media rasmi mereka pada 12 April.

Untuk perjumpaan bersama peminat bagi solo pertamanya “D-Day” yang bakal diadakan buat pertama kali sejak penampilan sulungnya pada 2014, Ravi yang juga ketua bagi agensi The Live, bakal menjadi pengacara majlis untuk acara tersebut dan persembahan Wheein kali ini dijangka tampil dengan berwarna-warni dan pelbagai.

Berdasarkan gambar konsep berkenaan, Wheein menggayakan pakaian seragam sekolah yang membawa “preppy look” serta mempamerkan visual uniknya. Perincian bagi gayanya dimana dia memakai cermin mata dan rambut lurusnya menaikkan lagi gaya pesona Wheein sebagai seorang yang polos. Untuk konsep penggayaan kali ini, semestinya akan menambah lagi persoalan dalam konsep persembahannya kali ini.

Album mini keduanya sebelum ini, “WHEE” yang dilancarkan pada Januari lalu telah menunjukkan kebolehan dan kehadirannya dalam industri sebagai ‘Artis Solo Wakil K-Pop’ telah memecahkan pelbagai rekod seperti jualan Initial Chodong serta melalui jumlah tontonan muzik video.

Perjumpaan bersama peminat Wheein, “D-Day” akan diadakan pada 17 April ini pada jam 2 petang sehingga 6:30 petang yang bertempat di Yes24 Live Hall. Namun, bagi peminat yang mungkin tidak berkesempatan untuk menyertai acara tersebut, ia juga akan disiarkan secara ekslusif melalui ‘Idol Live’ LG U+.

Jadi, kepada peminat setia Wheein dari MAMAMOO, jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan lebih dekat lagi walaupun hanya secara digital.

Rebut peluang ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...