Meskipun sering membawa watak sampingan, namun Ha Do-kwon merupakan antara pelakon yang aktif dalam dunia lakonan Korea kini.
Lelaki ini semakin dikenali ramai kerana sering mencabar Kim Jong-kook dengan gelagat kelakarnya setiap kali menyertai “Running Man”. Bukan itu sahaja, Ha Do-kwon membina hubungan yang rapat bersama Song Ji-hyo selepas muncul bersama dalam drama “The Witch’s Diner” pada tahun lalu.
Terbukti rapat, Ha Do-kwon dilihat memuat naik satu entri dengan ucapan terima kasih buat Song Ji-hyo kelmarin.
View this post on Instagram
Tulisnya,
Malam ini pukul 10 di SBS, bagaimana kalau anda menonton ‘Today’s Webtoon’ secara langsung. Bersama kita menyokong ‘Todays’s Webtoon’ bersama Song Ji-hyo yang setia. Terima kasih Song Ji-hyo~
Di dalam foto itu terselit tangkapan skrin ketika tayangan episod “Running Man” minggu lalu di mana Ha Do-kwon hadir sebagai tetamu. Dapat dilihat Song Ji-hyo mempromosikan drama SBS berkenaan dengan menulis judulnya pada papan putih yang dipegang sewaktu menjalani salah satu misi.
Meninjau ke ruangan komen, kesemua peminat memuji Song Ji-hyo yang sentiasa memberikan sokongan buat rakan sekerja dalam apa cara sekalipun selain seronok menyaksikan hubungannya yang kekal rapat bersama Ha Do-kwon.
Song Ji-hyo supportive!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.