Ikuti Kami:

Berita Perkahwinan Kim Jongkook & Song Jihyo Tersebar

Berita Perkahwinan Kim Jongkook & Song Jihyo Tersebar

Hanya gurauan dari “Running Man”, nampaknya ada yang mengambil serius mengenai ‘love line’ antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Baru-baru ini, satu saluran YouTube telah memuat naik satu video mendakwa kedua mereka bakal berkahwin. Tulisnya di tajuk,

Rumah yang akan diduduki oleh Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook selepas mereka berkahwin. Pengumuman rasmi dari ibu Kim Jong-kook.

Jika dilihat, video itu dipenuhi dengan berita dari sumber palsu yang mengatakan bahawa penyanyi lelaki itu mengumumkan perkahwinan dengan pelakon wanita berkenaan dengan ayat,

Saya membuat keputusan untuk menghabiskan hidup bersama seseorang yang berdiri bersama saya pada ketika yang peling mencabar dan sukar.

Katanya, agensi kedua-dua selebriti itu sudah pun mengesahkan berita tersebut.

Walau bagaimanapun, berita berkenaan adalah palsu dan direka bagi menarik perhatian ramai. Namun apa yang menjadi masalahnya ialah apabila ada ramai menyokong dan percaya dengan penipuan itu.

song jihyo kim jongkook

Antara komen yang ditinggalkan pada video itu,

Mereka berdua padan sangat.

 

Saya menyokong mereka.

Untuk pengetahuan, saluran YouTube itu sering menyebarkan 3 ke 4 berita pada saban hari dan mengumpulkan lebih 20,911,132 tontonan dengan 186,000 ribu langganan.

Yang pelik-pelik je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...