Ikuti Kami:

Sokong Suami, Cho Eunjung Dikhabar Hadir Ke Tayangan Pra-Tonton ‘Confession’ Buat So Jisub

Sokong Suami, Cho Eunjung Dikhabar Hadir Ke Tayangan Pra-Tonton ‘Confession’ Buat So Jisub

Mungkin hingga ke saat ini, masih ada yang belum mengenali gerangan isteri So Ji-sub kan?

Terbaru, isteri So Ji-sub, Cho Eun-jung dikhabarkan tampil dalam pra tonton istimewa filem “Confession” di Lotte Cinema World Tower bertempat di Jamsil, Seoul pada 24 Oktober semalam.

Sebelum ini, So Ji-sub sempat berkongsi mengenai kehidupan selepas berkahwin menerusi sesi temu bual filem “Confession” tersebut. Dia berkata,

Isteri saya akan datang ke sesi pra tonton filem “Confession”. Saya nak dengar pandangan daripadanya sendiri mengenai projek saya kali ini.

confessionDia juga menambah,

Sebenarnya saya sudah naik berat badan sejak saya berkahwin. Tapi saya rasa bersalah dengan isteri saya kerana saya tidak dapat makan bersamanya kerana saya perlu mengamalkan diet untuk projek ini.

Isterinya, Cho Eun-jung dikatakan bakal tampil ke sesi pra-tonton filem “Confession” itu untuk menyokong suaminya. Namun, setakat ini masih belum ada sebarang gambar Cho Eun-jung di tayangan pra-tonton itu.

Kita hormat jelah… Cho Eun-jung kan nak hidup sederhana je…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...