Ikuti Kami:

“Saya Rasakan Tekanan” – So Jisub Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Triller ‘Confession’

“Saya Rasakan Tekanan” – So Jisub Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Triller ‘Confession’

Baru-baru ini satu sidang media bagi filem “Confession” diadakan dan dihadiri oleh teraju-teraju utama.

Sidang media bagi filem “Confession” yang diadakan di Lotte Cinema Konkuk University Entrance, bertempat di Jayang-dong, Seoul. Majlis sidang media itu dihadiri oleh pengarah, Yoon Jong-seok, para pelakon, So Ji-sub, Kim Yun-jin dan Nana.

Filem “Confession” ini, mengisahkan mengenai seorang lelaki yang dituduh sebagai penyebab bagi satu pembunuhan di sebuah bilik berkunci dan peguamnya bakal merungkai segala kebenaran.so jisubMelihat kepada watak yang akan dibawanya, So Ji-sub berkata,

Terdapat beberapa tekanan hebat yang saya rasakan, tetapi, saya cuba memberi perhatian kepada pendekatan baharu kepada watak itu tanpa mempedulikan semua yang saya rasa.

Dia turut menambah,

Saya sangat senang kerana dapat tampil dalam filem terbaru. Saya nampak sedikit muda dalam filem ini kerana ianya dirakamkan dua tahun lalu. 

so jisubSo Ji-sub turut berkongsi perkara menarik mengenai filem triller ini,

Saya dapat merasakan pengalaman melakonkan filem triller buat pertama kali. Saya dapat melihat sisi diri saya yang tidak dikenali jadi saya berasa sangat puas. Saya mahu mencuba banyak lagi filem triller pada masa hadapan. Saya juga rasa triller adalah genre yang menarik. 

Nyatanya, watak Yoo Min-ho merupakan sesuatu yang tidak mudah bagi So Ji-sub. Walaubagaimanapun, dia berjaya menyempurnakan watak itu dengan baik.

Nantikan filem ini pada 26 Oktober okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...