Ikuti Kami:

“Saya Merupakan Ahli Polo Air Negara” – So Jisub Kongsi Pernah Jadi Perenang Sebelum Berlakon

“Saya Merupakan Ahli Polo Air Negara” – So Jisub Kongsi Pernah Jadi Perenang Sebelum Berlakon

So Ji-sub sebelum ini pernah jadi perenang? Biar betul…

Dalam episod “You Quiz On The Block” baru-baru ini, So Ji-sub tampil sebagai tetamu.

Menerusi episod tersebut So Ji-sub berkongsi bahawa dia pernah menjadi perenang sewaktu di bangku sekolah menengah dan merupakan ahli pasukan polo air negara sebelum menjadi pelakon.so jisubDia berkata,

Saya diberi masa selama 3 bulan sebelum memasuki kolej. Jadi, buat sementara itu, saya memikirkan apa yang saya boleh buat, dan kebetulan saya mempunyai kawan yang menghadiri akademi lakonan. Dia pun berkongsi maklumat dan mengajak saya untuk ‘casting’ bersama. ‘Casting’ pertama saya adalah untuk menjadi model seluar jeans.

Ketika itu, Won Bin dan Song Seung-heon merupakan saingannya. So Ji-sub berkata,

Saya tak ingat sangat tapi Seung-heon ada bercakap dengan saya. Won Bin pun ada.

yoo jaesukSo Ji-sub juga berkongsi bahawa dia pernah diberitahu untuk tidak berlakon sewaktu awal debutnya.

Sewaktu awal debut, Jang Dong-gun, Han Jae-suk dan Song Seung-heon semuanya sudah popular. Mereka semua mempunyai kelopak mata tebal dan muka tampan yang  ramai orang suka. Bila saya ke uji bakat, mereka berkata, ‘Tak, awak tak boleh melakukannya.’ Kelopak mata saya kan kecil jadi mereka sering kata saya tak sesuai jadi pelakon. 

so jisubTak baik lah… handsome apa mata sepet…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...