Ikuti Kami:

Berat Badan Naik, Penampilan So Jisub Tampak Berbeza Selepas Kahwin

Berat Badan Naik, Penampilan So Jisub Tampak Berbeza Selepas Kahwin

So Ji-sub nampak lain betul ye lepas kahwin…

Pelakon So Ji-sub yang sebelum ini melangsungkan perkahwinan bersama bekas pengacara, Cho Eun-jung pada 7 April lalu.

Terbaru, pelakon itu tampil dalam “Guerilla Date”, satu segmen di bawah rancangan hiburan terbitan KBS, “Entertainment Weekly” yang bersiaran pada 29 September.

So Ji-sub dilihat agak berbeza kerana dia dilihat seperti sudah naik berat badan dan nampak lebih selesa. Dia berkata,

Saya dah buka akaun media sosial. Saya buka akaun Instagram kerana saya rasa ini adalah platform terbaik untuk saya berinteraksi dengan peminat dan meluahkan rasa terima kasih saya kepada mereka. 

so jisubDia turut menambah,

Saya rasa sudah 5 tahun lamanya saya tidak tampil dalam rancangan hiburan. Hongdae sangat penuh dengan tenaga. Saya rasa saya pun lebih bertenaga.

Saya juga mahu terus dipanggil “So Ganzi” daripada mana-mana nama singkatan lain. Saya mahu terus jadi diri saya saja. 

Seri orang kahwin kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...