Sokong Song Hyekyo, Jung Kyungho Hantar Trak Kopi Ke Set Drama ‘The Glory’

song hyekyo jung kyungho

Jung Kyung-ho telah memberikan sokongannya buat drama Song Hye-kyo yang akan datang!

Pada 16 Mei, Song Hye-kyo telah berkongsi foto trak kopi di Instagram Story miliknya yang dihantar oleh Jung Kyung-ho untuk pelakon dan kru drama “The Glory”.

Di atas trak kopi, Jung Kyung-ho menulis mesej menggunakan nama watak Song Hye-kyo dalam drama itu,

Makan snek yang lazat kerana anda tidak tahu bila ia akan hilang, bersama dengan minuman yang menyegarkan dengan ais terapung!

song hyekyo jung kyungho

Di sepanduk itu pula tertulis,

Saya menyokong guru Moon Dong-eun dan semua pelakon serta kakitangan ‘The Glory’! Daripada Jung Kyung-ho.

Untuk pengetahuan, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

‘Supportive’ kan Jung Kyung-ho?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Leave a Reply