Tamat sahaja “Now, We Are Breaking Up”, peminat sudah pun tak sabar menyaksikan Song Hye-kyo dalam drama baru garapan penulis Kim Eun-sook.
Untuk pengetahuan, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.
Menerusi sebuah temubual, pelakon popular itu berkongsi sedikit sebanyak mengenai nakshah berkenaan.
Ulas Song Hye-kyo mengenai drama itu,
Drama ini boleh dikatakan genre dan drama pembalasan pertama yang dilakonkan oleh saya.
Ianya berlainan daripada apa yang ditonjolkan oleh saya sebelum ini. Saya menantikan emosi dan ekspresi yang akan dicuba pertama kali ini.
Walaupun sudah 20 tahun menceburi bidang lakonan namun wanita itu mendedahkan bahawa ia merupakan sesuatu yang sukar buatnya.
Saya tak pernah menyertai drama dengan pemikiran ‘Saya akan lakukannya dengan baik kerana saya sudah biasa melakukannya.
Katanya lagi, bukan sahaja dia menginjak usia namun watak yang dilakonkannya juga semakin berusia. Sebab itu, dia perlu meluahkan keseronokan dan kehibaan yang dilalui oleh watak itu sebaiknya.
Sebab itu saya merasakan bahawa lakonan semakin lama semakin susah.
Dalam pada itu, “The Glory” mempunyai 8 episod dan akan ditayangkan dalam bentuk format di mana musim pertamanya akan menemui semua dalam tahun ini.
Tak sabar nak tengok Song Hye-kyo cuba watak baru.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.