Ikuti Kami:

“Sokong Pembuli Ke?”- Beri Sokongan Buat Kim Hieora, Instagram Im Jiyeon Diserang Komen Buruk

“Sokong Pembuli Ke?”- Beri Sokongan Buat Kim Hieora, Instagram Im Jiyeon Diserang Komen Buruk

Apabila menjadi selebriti, sudah pastinya ramai yang akan memerhatikan tindak-tanduk mereka.

Baru-baru ini, Kim Hieora terpalit dengan tuduhan buli di mana dia dikatakan menyertai satu kumpulan buli ketika bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Sangji. Menurut pertuduhan itu, dia dikatakan ada mengangkat tangan pada pelajar lemah lain dan memeras wang selain turut meminta mereka membelikan rokok buatnya.

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan yang dia mungkin degil dan tak mendengar kata namun tak pernah sekali pun dia menggunakan kekerasan pada orang lain.

Selepas memuat naik entri itu di laman media sosialnya, Im Ji-yeon yang merupakan rakan pelakon “The Glory” dilihat meninggalkan tanda ‘suka’ pada posting berkenaan.

im jiyeon kim hieora

Mungkin sekadar memberikan sokongan buat rakan baik yang sedang mengalami kesukaran, namun rata-rata peminat meluahkan rasa kesal pada kekasih Lee Do-hyun itu kerana seperti tidak peka dengan situasi genting berkenaan. Sepertinya dia menyokong perbuatan membuli dengan berada di belakang Kim Hieora kini.

Komen peminat pada entri di Instagram Im Ji-yeon,

Tanpa mengetahui apa-apa, awak tekan tanda ‘suka’ hanya kerana korang sahabat. Baiklah..

 

Sudahkah anda melihat artikel perekaman Kim Hye-ra? … Orang terkenal selalu perlu berhati-hati. Dalam segala hal… Tidak boleh hanya melihat dari luaran seseorang…

 

Orang mungkin bereaksi terlalu sensitif, jadi sila berhati-hati dan pilih sahabat yang baik-baik saja.

 

Merudum lah lepas awak main tekan ‘suka’ je..

 

Sama-sama perangai lah tu.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...