Ikuti Kami:

Dituduh Membuli, Rakan ‘The Glory’ Im Jiyeon & Jung Sungil Beri Sokongan Buat Kim Hieora

Dituduh Membuli, Rakan ‘The Glory’ Im Jiyeon & Jung Sungil Beri Sokongan Buat Kim Hieora

Sejak beberapa hari ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita kurang enak mengenai Kim Hieora.

Meningkat naik sejak membintangi drama “The Glory”, wanita itu dituduh membuli ketika di Sekolah Menengah Rendah Sangji di mana dia menyertai kumpulan besar yang sering menindas golongan lemah bernama ‘Big Sangji’.

Katanya, Kim Hieora dan ahli kumpulan itu sering memeras wang dan meminta pelajar lain membeli rokok buat mereka. Pun begitu, pelakon berkenaan menolak dakwaan tersebut dan mengakui bahawa dia memerhati sahaja dan tidak pernah membuli atau menaikkan tangan pada sesiapa.

Bukan itu sahaja, agensi Kim Hieora turut menolak dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa apa yang dilaporkan media adalah tidak berasas dan jauh sekali dari cerita yang benar-benar berlaku.

Sempat memuat naik penjelasan di Instagramnya, wanita itu berterusan menolak tuduhan tersebut dan berjanji tidak pernah menyakiti orang lain.

Dalam pada itu, Im Ji-yeon dan Jung Sung-il yang pernah berlakon sekali dalam “The Glory” dilihat menyokong Kim Hieora apabila menekan butang ‘like’ pada posting wanita itu.

im jiyeon kim hieora

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...