Ikuti Kami:

“Sengaja Membuli..” – Kim Hieora Dedah Cerita Sebenar Disebalik Tuduhan Buli Ketika Di Sekolah

“Sengaja Membuli..” – Kim Hieora Dedah Cerita Sebenar Disebalik Tuduhan Buli Ketika Di Sekolah

Kelmarin, industri hiburan Korea hangat memperkatakan mengenai isu buli melibatkan Kim Hieora ketika di zaman sekolah.

Respon agensinya menafikan dakwaan itu,

Kami ingin berkongsi mengenai kebenaran di sebalik laporan Kim Hieora dan tuduhan yang dibangkitkan oleh media.

Pertama sekali, agensi itu mengakui bahawa terdapat kumpulan ‘Big Sangjo’ yang dicipta rakan-rakannya ketika di Sekolah Menengah Rendah Perempuan Sangji.

Walau bagaimanapun, pihak mereka menafikan tuduhan dan kandungan yang dibangkitkan oleh media adalah tidak benar.

Kim hieora

Menurut laporan media kelmarin, Kim Hieora dikatakan sering memaksa pelajar lain untuk membeli rokok dan mengambil duit dari mereka.

Tambah agensinya lagi, pemberi maklumat tersebut telah menjelaskan mengenai salah faham berkenaan Kim Hieora dan turut meminta maaf. Jadi, agensi percaya bahawa hal itu sudah diselesaikan sebagai kejadian tak disangka.

Namun, mereka meluahkan rasa kesal kerana media mengeluarkan artikel spekulasi berdasarkan ‘cakap-cakap’ pemberi maklumat sahaja.

Dalam pada itu, Kim Hieora memuat naik kenyataan panjang mengenai hal itu di Instagramnya kelmarin,

Saya mungkin bukan pelajar contoh yang mengikut nasihat guru dan ibu bapa tapi saya tak pernah secara jahat, berterusan, sengaja membuli yang lemah seperti dikatakan dalam artikel.

Tambahnya,

Saya mungkin ada kekurangan, tapi saya tak pernah menyebabkan kesakitan kepada sesiapa. Tapi sekiranya ada yang terluka kerana saya, walaupun seditik dan saya tak mengingatinya, saya benar-benar memohon maaf.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...