Ikuti Kami:

“Kalau Tiada Wang, Awak Kena Pukul” – Dari Drama Jadi Realiti, Kim Hieora Terpalit Isu Buli Pelajar Di Sekolah

“Kalau Tiada Wang, Awak Kena Pukul” – Dari Drama Jadi Realiti, Kim Hieora Terpalit Isu Buli Pelajar Di Sekolah

Dari drama ke dunia sebenar, Kim Hieora telah didakwa atas kes buli sewaktu zaman sekolah.

Terbaru menurut laporan Dispatch pada 6 September, Kim Hieora didakwa telah membuli pelajar ketika di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Daerah Wonju.

Pemberi maklumat menyatakan bahawa pelakon itu merupakan sebahagian dari ‘Big Sangji’, sekumpulan pembuli yang terkenal kerana pemerasan, serangan fizikal dan penderaan lisan. Tulis salah seorang bekas pelajar sekolah,

Mereka memeras wang dari orang lain dan memberikannya kepada ahli kumpulan paling tua. Jika awak tiada wang, mereka akan kutuk dan memukul anda. Kim Hieora juga merupakan sebahagian dari ‘Big Sangji’.

Selepas pelbagai dakwaan dibuat, Kim Hieora terus menafikan sekeras-kerasnya dengan menjelaskan,

Hanya kerana saya berada di sana, saya terus terlibat? Saya telah melihat kembali pada hari-hari itu. Saya tidak pernah memukul sesiapa..tetapi itu tidak bermakna saya tidak bertanggungjawab. Saya rasa saya hidup sebagai pemerhati. Mungkin saya tidak sensitif dengan apa yang berlaku kepada orang lain kerana perkara yang sama berlaku kepada saya juga.

kim hieora bully

Akhir sekali, Kim Hieora mengulas,

Saya minta maaf. Saya sibuk merasionalkan diri. Saya tidak mengendahkan isu itu. Saya berfikir ‘Saya sebenarnya bukan pesalah’. Pemikiran itu adalah masalahnya. Saya nak minta maaf.

Sementara itu, agensi Kim Hieora juga masih dalam proses menyediakan kenyataan rasmi dan meminta kesabaran orang ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...