Ikuti Kami:

Selepas Kejayaan ‘The Glory’, Kim Hieora Umum Kafe Miliknya Akan Ditutup Julai Ini

Selepas Kejayaan ‘The Glory’, Kim Hieora Umum Kafe Miliknya Akan Ditutup Julai Ini

Selepas “The Glory”, Kim Hieora nampaknya semakin sibuk dalam dunia lakonan.

Bagi yang belum tahu, selain seorang pelakon, Kim Hieora juga telah membuka sebuah kafe di Daehak-ro pada 2020 yang lalu dan turut mengendalikannya sendiri.

Namun pada 7 Julai, pelakon wanita itu mengumumkan bahawa kafe miliknya itu akan ditutup tak lama lagi.

Tulisnya,

Pelanggan yang dikasihi. Malangnya, kafe itu akan ditutup pada 16 Julai ini. Terima kasih banyak atas kasih sayangmu selama ini. Sehingga tarikh tutup nanti, kami akan menyediakan perkara yang lebih baik untuk anda. Sila datang melawat kafe ini sehingga hari itu.

Sementara itu, Kim Hieora akan menemui penonton dalam drama “The Uncanny Counter 2” dengan wataknya sebagai seorang penjahat Gelli, akan mula ditayangkan pada 29 Julai nanti.

Semoga terus maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...