Ikuti Kami:

Sokong Miyeon & Minnie, Lisa BP Hadir Di Konsert (G)I-DLE

Sokong Miyeon & Minnie, Lisa BP Hadir Di Konsert (G)I-DLE

Umum pasti mengetahui mengenai konsert jelajah dunia (G)I-DLE iaitu “JUST Me ( ) I-DLE” yang berlansung baru-baru ini di Seoul. Turut kelihatan Lisa BLACKPINK yang dikatakan hadir menyokong rakan-rakan baiknya.

Lisa dilihat di konsert (G)I-DLE  yang mana telah menonjolkan sisi seorang rakan yang hadir memberi sokongan. Dia juga tidak datang ke konsert itu dengan tangan kosong untuk Mi-yeon dan Minnie.

Memandangkan (G)I-DLE mempunyai ramai kawan idola, hari kedua tarikh konsert Seoul untuk jelajah dunia JUST ME ( )I-DLE mereka mempunyai lebih daripada beberapa orang tetamu istimewa.

Semasa peminat berada di luar dewan, beberapa orang peminat melihat Lisa masuk ke dalam dan juga figura yang disangka ialah bekas ahli CLC, Sorn berjalan di sebelahnya. Masuk ke dalam dewan bersama ibu bapa Minnie, Lisa tampak bersedia sepenuhnya untuk menyokong kumpulan itu dengan ‘lightstick’ mereka, sekaligus terlihat sebagai satu perkara manis yang dia lakukan untuk mereka.lisaPeminat juga melihat pengurus Lisa membawa dua jambak bunga ke dalam dewan yang dibawa oleh Lisa untuk Minnie dan Mi-yeon. Melihat betapa gembiranya Lisa untuk menyapa peminat dan pelbagai cara dia menunjukkan kasih sayangnya kepada rakannya, peminat menggelarnya sebagai seorang kawan yang baik.

Lisa sememangnya layak digelar sebagai seorang idola kan? Semoga persahabatan mereka terus harmoni dan saling menyokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...