Siapa sangka, Lee Sun-bin dan Park Bo-young merupakan kawan baik!
Pada 2 September, Lee Sun-bin telah berkongsi beberapa foto trak kopi di Instagram miliknya, yang dihantar oleh Park Bo-young ke set drama “Work Later, Drink Now” musim kedua.
Lee Sun-bin meluahkan rasa syukurnya pada Park Bo-young dengan menulis kapsyen,
Ya ampun… Awak menipu saya dengan mengatakan itu Haekong! Hahahaha! Tapi itu awak!! sukar dipercayai. Begini cara awak membalas saya? Ia adalah permulaan perang! Saya benar-benar tidak percaya ini. Park Bo-young selama-lamanya. Terima kasih kepada awak, saya dapat menjalani penggambaran yang memenatkan dengan penuh tenaga. Saya betul-betul tak percaya awak.
Park Bo-young turut menulis ucapan ‘sweet’ buat Lee Sun-bin di sepanduk trak kopi itu,
Saya sangat menyayangi anda, ‘Work Later, Drink Now 2’. Lee Sun-bin adalah yang terbaik!
Izinkan saya menjadi Haekong kehormat anda (nama panggilan Lee Sun-bin kepada peminatnya).
Dalam pada itu, “Work Later, Drink Now” mengisahkan tentang tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja. Lee Sun-bin membawa watak Ahn So-hee, seorang penulis rancangan hiburan.
Nantikan musim kedua “Work Later, Drink Now” bakal ditayangkan pada separuh kedua 2022!