Korang layan tak musim pertama drama “Work Later, Drink Now”?
Sebelum ini, TVING telah mengesahkan bahawa “Work Later, Drink Now” akan menemui penonton dalam musim kedua, dengan empat watak utama yang sama seperti musim pertama.
Pada 7 Julai, “Work Later, Drink Now 2” berkongsi foto 4 pelakon utama iaitu Jung Eun-ji, Han Sun-hwa, Lee Sun-bin dan Choi Si-won, yang bersatu semula sebelum penggambaran mereka yang akan dimulakan.
Pasukan produksi turut menyatakan,
Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan pelakon yang mempunyai tenaga yang tidak berubah walaupun selepas masa berlalu. Memandangkan kami akhirnya memulakan penggambaran pertama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membawa tahap semangat semasa ini sehingga ke penghujungnya, jadi sila nantikannya.
Bagi yang belum tahu, berdasarkan webtoon, “Work Later, Drink Now” mengisahkan tentang tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja. Lee Sun-bin membawa watak Ahn So-hee, seorang penulis rancangan hiburan, Han Sun-hwa sebagai Han Ji-yeon, pelatih yoga, Jung Eun-ji sebagai Kang Ji-goo, seorang YouTuber origami dan Choi Siwon sebagai Kang Bok-goo, seorang PD rancangan hiburan.
Nantikan “Work Later, Drink Now 2” yang akan ditayangkan pada separuh kedua 2022!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.