Nampaknya, Lee Je-hoon dan Namgoong Min setia memberikan sokongan antara satu sama lain.
Terbaru, SBS telah melancarkan video trailer untuk episod “Taxi Driver 2” pada minggu depan, menampilkan Namgoong Min yang akan membuat penampilan istimewa.
Sebelum ini, Lee Je-hoon juga pernah memberikan sokongan buat Namgoong Min, dengan tampil sebagai kameo dalam dramanya “Hot Stove League” dan “One Dollar Lawyer”.
https://twitter.com/SBSNOW/status/1637095259040800768?s=20
Dengan ini, peminat semakin teruja untuk menyaksikan keserasian mereka berdua dalam episod “Taxi Driver 2” akan datang.
Jangan lupa tonton “Taxi Driver 2” akan bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu menerusi Viu!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉