Ikuti Kami:

Drama Pertama Selepas Berkahwin, Namgoong Min Sah Terajui Siri Bersejarah ‘Lovers’

Drama Pertama Selepas Berkahwin, Namgoong Min Sah Terajui Siri Bersejarah ‘Lovers’

Selepas “One Dollar Lawyer”, Namgoong Min nampaknya sudah pun memilih projek lakonannya yang seterusnya.

Terbaru pada 26 Disember, Namgoong Min telah berkongsi foto skrip untuk drama “Lovers” di Instagram Story miliknya, bermakna pelakon itu sudah disahkan akan terajui siri berkenaan.

Untuk pengetahuan, “Lovers” ialah drama percintaan sejarah di Dinasti Joseon yang mengisahkan tentang seorang lelaki, yang telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan jatuh cinta namun, terpikat dengan seorang wanita yang mengimpikan cinta semula walaupun selepas dua perkahwinan yang gagal.

Dalam drama ini, Namgoong Min dilaporkan akan memainkan watak sebagai Lee Jang-hyun, seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam masyarakat tinggi Kampung Neunggeun, selepas mengalami tragedi yang tidak dapat dibayangkan dalam hidup. Kemudian, dia tertarik dengan seorang wanita Yoo Gil-chae, yang mempunyai keinginan kuat untuk hidup yang tidak dimilikinya.

ahn eunjin

Dalam pada itu, Ahn Eun-jin masih dalam perbincangan untuk terajui drama yang sama.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...