Namgoong Min dan Ahn Eun-jin khabarnya bakal menerajui drama cinta terbaru, “Lover”. Betul ke tak?
Baru-baru ini Namgoong Min dan Ahn Eun-jin dikhabarkan sedang meneliti tawaran untuk membintangi drama cinta terbaru terbitan MBC iaitu “Lover”.
Melihat daripada perkara itu, Namgoong Min bakal berkerjasama sekali lagi dengan pengarah Kim Sung-yong jika dia menerima tawaran berlakon tersebut.
Agensi Namgoong Min iaitu 935 Entertainment, memberitahu,
Memang benar dia menerima tawaran daripada pasukan produksi drama baharu MBC “Lover”.
Bagaimanapun, agensinya menjelaskan bahawa,
Namgoong Min kini sedang menumpukan perhatian kepada penggambaran drama baharu SBS “A Thousand Won Lawyer”, jadi dia belum membuat keputusan mengenai tawaran itu. Setakat ini, “Lover” hanyalah satu daripada tawaran kerja yang telah dicadangkan.
Agensi Ahn Eun-jin juga turut berkongsi bahawa,
Kami menerima tawaran daripada pasukan produksi “Lover” dan kami sedang menyemaknya.
Untuk pengetahuan, drama percintaan “Lover” ini mengisahkan tentang seorang lelaki era Jo-seon yang gagal dalam perkahwinan kali kedua dan menyatakan bahawa dia tidak akan jatuh cinta lagi. Walau bagaimanapun, dia bertemu dengan seorang wanita muda yang bermimpi untuk jatuh cinta dengan pasangan jiwanya.
Korang rasa dorang jadi tak berlakon bersama?