Ikuti Kami:

Sokong Kim Taeri, Pelakon ‘Twenty Five, Twenty One’ Hadiri Tayangan Perdana Filem ‘Alien’

Sokong Kim Taeri, Pelakon ‘Twenty Five, Twenty One’ Hadiri Tayangan Perdana Filem ‘Alien’

Meskipun sudah hampir 4 bulan tamat namun, hubungan antara pelakon ‘Twenty Five, Twenty One’ nampaknya masih kekal erat.

Terbaru pada 18 Julai, tayangan perdana VIP filem “Alien” telah diadakan di Seoul. Untuk pengetahuan, filem itu menceritakan kisah luar biasa yang berpusat di portal masa yang muncul antara Era Goryeo, apabila pendekar pedang cuba mencari dan memiliki pedang misteri yang dikhabarkan, dan tahun 2021 masa kini apabila makhluk asing wujud di Bumi. Ianya dibintangi Ryu Jun-yeol, Kim Tae-ri, Kim Woo-bin, So Ji-sub dan ramai lagi.

Selain pengarah dan para pelakon yang menghadiri tayangan perdana filem “Alien”, ramai bintang lain turut tampil di acara itu.

filem alien vip premiere

Apa yang menarik perhatian, pelakon bagi “Twenty Five, Twenty One” iaitu Bona WJSN, Choi Hyun-wook, Seo Jae-hee dan Kim Hye-eun dilihat turut hadir, bagi menyokong rakan pelakon mereka Kim Tae-ri dalam filem itu. ‘Sweet’ sangat!

Selebriti lain yang juga menghadiri tayangan perdana filem itu ialah Kim Soo-hyun, Lee Kwang-soo, Son Na-eun, Ahn Bo-hyun, Jung Woo-sung dan ramai lagi.

Meriah betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...