Ikuti Kami:

Filem Sci-Fi ‘Alien’ Diterajui Ryu Junyeol, Kim Woobin & Kim Taeri Akan Tayang Julai Ini

Filem Sci-Fi ‘Alien’ Diterajui Ryu Junyeol, Kim Woobin & Kim Taeri Akan Tayang Julai Ini

Filem Sci-Fi “Alien” telah melancarkan video trailer dan tarikh tayangan rasminya!

“Alien” menceritakan kisah luar biasa yang berpusat di portal masa yang muncul antara Era Goryeo apabila pendekar pedang cuba mencari dan memiliki pedang misteri yang dikhabarkan, dan tahun 2021 masa kini apabila makhluk asing wujud di Bumi.

Poster teaser terbaru yang dikeluarkan mempamerkan pelakon utama dengan kapal angkasa yang besar di belakang mereka dan runtuhan Seoul di bawah mereka. Trio utama iaitu Ryu Jun-yeol sebagai Tao Moo-reuk, Kim Woo-bin sebagai pengawal, pengiring tahanan asing, dan Kim Tae-ri sebagai Lee Ahn, seorang wanita yang boleh menembak guruh. Ia turut dibintangi So Ji-sub, Lee Honey dan ramai lagi.

alien korean movie

Selain itu, filem ini juga akan mengembara antara zaman moden dan era Dinasti Goryeo, memperkenalkan pedang legenda misteri dan portal masa yang membolehkan orang mengembara melalui generasi. Ketika sesetengah orang cuba menghalang tahanan asing yang melarikan diri, yang lain cuba mendapatkan pedang legenda yang membolehkan perjalanan masa yang huru-hara ini.

Tonton video trailer “Alien” di atas, dan nantikan filem ini akan menemui penonton pada 20 Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...