Ikuti Kami:

Ada Kim Taeri, Ma Dongseok, Nantikan 6 Filem Korea Menarik Bakal Tayang Tahun Ini

Ada Kim Taeri, Ma Dongseok, Nantikan 6 Filem Korea Menarik Bakal Tayang Tahun Ini

Selain drama, industri hiburan Korea Selatan turut menghasilkan pelbagai filem menarik, kan?

Pada tahun ini, akan ada banyak filem Korea yang dibintangi oleh pelakon hebat, bakal memenui penonton di pawagam. Ada Kim Tae-ri, Ma Dong-seok, Jung Woo-sung, IU dan ramai lagi!

Jom lihat antara filem yang akan ditayangkan pada 2022:

1. ALIEN

filem alien

“Alien” menceritakan kisah luar biasa yang berpusat di portal masa yang muncul antara Era Goryeo apabila pendekar pedang cuba mencari dan memiliki pedang misteri yang dikhabarkan, dan tahun 2021 masa kini apabila makhluk asing wujud di Bumi. “Alien” ialah filem dua bahagian yang menggabungkan pertemuan kehidupan asing dengan kehidupan manusia serta gabungan zaman Goryeo dengan masa kini. Filem ini dibintangi oleh bintang hebat Kim Woo-bin, Ryu Jun-yeol, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Lee Hanee dan ramai lagi. Filem ini telah disahkan untuk tayang pada musim panas ini. Nantikan!

2. THE OUTLAWS 2

the outlaws 2

Dalam filem ini, Ma Dong-seok berperan sebagai Don Lee yang membawa watak sebagai ‘beast cop’. Don Lee menuju ke negara luar untuk menyingkirkan suspek jenayah yang dicarinya, namun sejurus ketibaannya di sana, Don Lee mendapati kes jenayah di negara itu semakin berleluasa dan terdapat seorang pembunuh kejam yang sering melakukan jenayah terhadap pelancong di situ. Pembawaan watak yang ganas namun santai oleh Ma Dong-Seok dari filem yang pertama sangat meninggalkan pengaruh, sehingga mampu menarik perhatian penonton untuk menyaksikan sekuel filem ini. Nantikan “The Outlaws 2” bakal ditayangkan pada 18 Mei ini!

3. BROKER

filem broker

“Broker” akan membawa kisah tentang Sang-hyun (Song Kang-ho) yang mencari ibu bapa baharu untuk bayi yang ditinggalkan di dalam kotak bayi dan membuat tawaran istimewa dengan mereka. Dia menggelar dirinya sebagai ‘broker’ yang mempunyai niat baik. Sang-hyun bekerjasama dengan Dong-soo (Kang Dong-won) dalam usaha ini. Selain itu, mereka juga akan melibatkan So-young (IU), yang meletakkan bayinya di dalam kotak bayi, tetapi kini telah kembali untuk mengambil bayinya. Sementara itu, Detektif Soo-jin (Bae Doo-na) dan Detektif Lee (Lee Joo-young) akan mengejar Sang-hyun dan Dong-soo. Filem ini bakal menemui penonton pada 8 Jun ini!

4. THE WITCH 2

filem the witch 2

Sekuel filem “The Witch” iaitu “The Witch: The Other One” telah disahkan untuk tayang pada 15 Jun ini. “The Witch” merupakan filem yang diingati ramai memandangkan babak aksinya yang memukau, berjaya menarik penonton sebanyak 3 juta di pawagam ketika tayangannya dahulu. Bagi bahagian kedua filem ini, Shin Si-ah (Cynthia) telah dipilih untuk membintangi sebagai pelakon utama. Park Eun-bin juga akan muncul dalam filem ini, dan Kim Da-mi serta Lee Jong-suk akan membuat penampilan istimewa. Jangan lupa tonton!

5. DECISION TO LEAVE

filem decision to leave

“Decision to Leave” membawa kisah tentang Hae-joon (Park Hae-il) yang bekerja sebagai detektif. Dia merupakan seorang yang sopan kepada orang lain, dan bersemangat apabila menyiasat kes. Dia memulakan siasatan kes kematian luar biasa yang berlaku di atas gunung. Semasa menyiasat kes itu, Hae-joon bertemu dengan Seo-rae (Tang Wei). Dia merupakan bekas isteri kepada arwah lelaki. Hae-joon mulai rasa curiga kepadanya, namun pada yang sama dia juga mempunyai perasaan terhadapnya. Filem ini turut dibintangi Lee Jung-hyun, Go Kyung-pyo dan Park Yong-woo. Jangan lupa saksikan filem ini pada 29 Jun!

6. HANSAN

filem hansan

Filem ini mengisahkan tentang perang berskala penuh pertama dengan tentera Jepun sejak pencerobohan Jepun ke atas Korea dari 1592 hingga 1598. Kisah ini berlatarkan lima tahun sebelum “The Admiral: Roaring Currents”. “Hansan” akan dibintangi oleh Park Hae-il, Byun Yo-han, Ahn Seong-gi dan ramai lagi bintang hebat. Filem ini akan menemui penonton pada bulan Julai ini.

Jadi, filem yang mana korang paling teruja nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...