Nampaknya Song Ji-hyo seronok menyertai pelbagai program realiti kini!
Terbaru, dilaporkan bahawa wanita itu akan menjadi tetamu rancangan “Tteokbokki Brothers” sebagai sokongan kepada ‘abang’nya iaitu Ji Suk-jin yang merupakan hos program MBC itu.
Sudah pun memasuki dua musim, program berkenaan menggabungkan kemanisan dan kepedasan tteokbokki (kek beras pedas) bersama kisah tetamu yang datang ke kedai itu. Ianya menerima pujian penonton sejak dari awalnya kerana ianya menyentuh hati selain hosnya iaitu Ji Suk-jin, Kim Jong-min dan Lee Yi-kyung yang kelakar.
Bakal menjalani penggambaran hari ini, ramai yang menantikan kisah apa bakal dikongsikan Song Ji-hyo. Ulas pihak produksi,
Song Ji-hyo menyertai rakaman ‘Tteokbokki Brothers’ hari ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih buatnya kerana menerima jemputan ini. Dia meminta sokongan dan jangkaan dari penonton.
Dalam pada itu, tiada tarikh spesifik lagi tayangan melibatkan Song Ji-hyo ini. Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.