Penantian berakhir buat siapa yang menantikan konsert solo G-Dragon!
Susulan keluaran album solonya pada 25 Februari nanti, G-Dragon turut mengumumkan konsert jelajah ‘Übermensch’ yang akan bermula di Korea bertempat di Stadium Goyang, pada 29 dan 30 Mac ini.
Terbaru, agensi telah mengeluarkan butiran seperti harga tiket dan carta tempat duduk untuk konsert tersebut, menambahkan lagi keterujaan ramai.
Bagaimanapun, sesetengah peminat di Korea merasakan bahawa tiket tersebut dijual pada harga yang tinggi, mengalahkan artis Hollywood lain yang pernah datang ke negara itu sebelum ini.
Melihat info yang dikongsi, tiket paling murah dijual dalam lingkungan harga RM474.54 manakala paling mahal iaitu untuk bahagian VIP mencecah sehingga RM674.12.
Meskipun ramai yang merungut namun, ada juga yang merasakan bahawa ia adalah harga yang sewajarnya, sesuai dengan status G-Dragon sebagai artis solo popular di Korea.
Ini dah kira murah kalau kat Malaysia..