Ikuti Kami:

“Jaga Kesihatan Tu” – Tak Hiraukan Kecaman, G-Dragon Dilihat Selamba Merokok Di Paris

“Jaga Kesihatan Tu” – Tak Hiraukan Kecaman, G-Dragon Dilihat Selamba Merokok Di Paris

Popular seluruh dunia, apa sahaja yang dilakukan G-Dragon pastinya akan mendapat perhatian.

Baru-baru ini, G-Dragon telah ‘terbang’ ke Paris bagi mengadakan persembahan di konsert amal ‘Gala des Pièces Jaunes 2025’.

Selepas selesai kerjanya itu, lelaki tersebut nampaknya sempat meluangkan waktu untuk ‘mengambil angin’ di sana dan semestinya ada peminat yang akan sentiasa menunggunya.

Malahan dalam salah satu video yang dimuat naik, peminat sempat merakam G-Dragon yang dilihat sedang merokok, sebelum dia meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke hotelnya.

Khususnya, video itu lantas mencuri perhatian ramai dengan lebih 140 ribu tontonan setakat ini di laman X.

Meskipun tidak berpeluang untuk berinteraksi lama, penyanyi “Power” itu tetap melambai kepada peminat yang setia menunggunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...