Peminat pastinya gembira kan dengan kemunculan T.O.P sebagai Thanos dalam “Squid Game 2”?
Baru-baru ini, T.O.P telah terlibat dalam satu temu bual khas, susulan penampilannya dalam “Squid Game 2”.
Ketika sesi temu bual, T.O.P meluahkan rasa syukurnya kepada pengarah Hwang Dong-hyuk kerana memberinya kepercayaan untuk terlibat dalam drama itu. Luahnya,
Selama hampir 10 tahun, saya rasa tiada siapa yang pandang saya tetapi pengarah menghubungi saya terlebih dahulu. Kepercayaan yang dia ada pada saya memberi saya keberanian untuk menerima watak ini. Sebagai seorang pelakon, sudah menjadi kewajipan untuk saya melaksanakan amanah tersebut.
Untuk pengetahuan, watak Thanos ialah seorang penyanyi rap yang sudah bersara dan juga penagih dadah. Selepas kehilangan semua wang yang dia telah laburkan, dia membuat keputusan untuk menyertai permainan ini.
Khususnya, bekas ahli BIGBANG itu mengaku bahawa dia sedikit teragak-agak untuk memainkan watak sebagai Thanos. Kongsinya mengapa,
Tawaran untuk memainkan watak Thanos adalah satu cadangan yang menakutkan. Watak itu mencerminkan masa lalu saya dan juga aspek yang saya lebih suka untuk sembunyikan. Ketakutan itu membuatkan saya teragak-agak. Tetapi takdir seolah-olah menarik saya ke arah ini.
Kuat tau T.O.P..