Seronok kan bila lihat hubungan baik antara selebriti dan keluarga mereka?

Hal itu terbukti apabila ibu bapa Lee Jun-young dilihat hadir ke set penggambaran drama “May I Help You”.
Bukan sahaja melawat anak mereka, namun kedua orang tua itu membuat debut pertama sebagai pelakon apabila menyertai sebagai kameo untuk salah satu babak itu di samping Lee Jun-young dan Hyeri.
Dedah lelaki itu sendiri menerusi Instagram Story miliknya,
Buat ibu ayah yang disayangi dan disanjungi, tahniah atas debut kalian. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat merakam satu naskhah bersama. Jadi, sebagai senior lakonan, saya meminta jangan datang lagi selepas ini. Tolong.. ☺️
Berseloroh mengenai kisah itu, rata-rata penonton meluahkan rasa gembira melihat hubungan baik antara Lee Jun-young dan ibu bapanya.
Comel kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.