Ikuti Kami:

Jalan Cerita Menarik, Hyeri & Lee Junyoung Turut Kongsi Babak Pilihan Dalam ‘May I Help You?’

Jalan Cerita Menarik, Hyeri & Lee Junyoung Turut Kongsi Babak Pilihan Dalam ‘May I Help You?’

Siapa yang tengok drama “May I Help You?”?

Bagi yang belum tahu, drama “May I Help You?” lakonan Hyeri dan juga Lee Jun-young, mengisahkan mengenai Baek Dong-joo (Hyeri), seorang pengurus jenazah yang selalu berusaha untuk memenuhi permintaan golongan yang sudah mati. Dia turut dibantu oleh Kim Tae-hee (Lee Jun-young), yang mengambil upah hanya sebanyak 100 won (RM0.34) sahaja bagi setiap tugasannya.hyeriMelihat kepada perkembangan jalan cerita sehingga kini, Hyeri sempat berkongsi pandangan mengenai babak kegemarannya, menerusi episod ketujuh di mana Baek Dong-joo menenangkan Kim Tae-hee. Dia berkata,

Babak itu adalah di mana Dong-joo berbual bersama Kim Tae-hee mengenai masa lalunya. Frasa, “Awak tak perlu berkata apa-apa” itu menggambarkan bahawa kami berdua mampu memahami satu sama lain tanpa perlu meluahkan semua benda. Ianya terasa sangat nyaman.

Dia juga berkata,

Akan ada beberapa bahagian yang mengetengahkan babak romantik antara Baek Dong-joo dan juga Kim Tae-hee. Saya harap penonton akan turut ‘terkesan’ dengan babak manis kami.

lee junyoungManakala, Lee Jun-young pula berkata,

Bagi saya, babak di bilik kecemasan adalah kesukaan saya. Melihat bagaimana, Tae-hee risau akan keadaan adiknya, Joon-ho yang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Ia juga menarik kerana babak itu turut mengimbau semula masa silam Tae-hee dan ia memaparkan satu atmosfera atau suasana berbeza.

may i help youWah… macam makin menarik ja episod akan datang ni!

Nantikan episod terbaru 30 November ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...