So Ju-yeon dan Seo Ji-hoon bakal bergandingan dalam drama terbaru akan datang “Seasons Of Blossom”!
Awal minggu ini, sumber YTN News melaporkan bahawa So Ju-yeon dan Seo Ji-hoon bakal menjadi teraju utama untuk drama webtoon “Seasons Of Blossom” yang turut menampilkan pelakon seperti Kim Min-kyu, Kang Hye-won serta Yoon Hyun-soo yang bakal menyertai mereka sebagai teraju utama untuk drama webtoon itu.
“Seasons Of Blossom” mengisahkan mengenai cinta dan persahabatan golongan remaja di Sekolah Tinggi Seoyeon. Kisah ini memfokuskan kepelbagaian watak yang berubah mengikut empat musim. Seo Ji-hoon bakal memegang watak Lee Ha-min, seorang remaja yang mempunyai dua karakter iaitu senang dan gembira di luar namun sedih dan depresi di dalam dirinya. Manakala, So Ju-yeon bakal membawa watak seorang gadis polos dan ceria iaitu sebagai, Han So-mang.
Pelakon Kim Min-kyu bakal menjadi seorang pelajar popular di sekolah iaitu sebagai Lee Jae-min. Dia mempunyai masa lalu yang menyakitkan namun tetap kekal mesra dengan semua orang. Dalam pada itu, Kang Hye-won pula akan membawa watak seorang pelajar contoh iaitu Yoon Bo-mi. Watak seorang pelajar yang menggemari permainan video dan bersikap dingin pula akan dibawa oleh Yoon Hyun-soo.
Drama ini mempunyai beberapa faktor yang sensitif untuk tontonan umum kerana ia mengisarkan mengenai kisah bunuh diri. Namun, ianya pasti ditapis agar tidak menyentuh sisi emosi penonton.
Drama webtoon ini dikhabarkan bakal mula bersiaran pada September akan datang. Sama-sama kita nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.