Ikuti Kami:

Mesra Dalam ‘Romantic Doctor 2’, So Juyeon Dedah Tak Mungkin Akan Bercinta Dengan Kim Minjae!

Mesra Dalam ‘Romantic Doctor 2’, So Juyeon Dedah Tak Mungkin Akan Bercinta Dengan Kim Minjae!

“Romantic Doctor Kim 2” berjaya mencipta fenomena dalam arena drama Korea pada awal tahun 2020! Bukan sahaja musim kedua, malahan siri ini telah menerima reaksi positif sejak daripada musim pertamanya lagi. Naskhah ini dipenuhi dengan aspek perubatan tetapi tak lupa untuk masukkan sekali sedikit elemen percintaan supaya dapat membuatkan penonton berasa berbunga-bunga semasa menontonnya.

Seperti yang semua ketahui, pasangan utama bagi “Romantic Doctor Kim 2” ialah Eunjae dan Woojin lakonan Lee Sungkyung dan Ahn Hyoseob. Tetapi rupanya, ramai yang sebenarnya menyokong hubungan cinta di antara jururawat Park Euntak (Kim Minjae) dan doktor pelatih Yoon Areum (So Juyeon). Mula berkenalan semasa mereka sama-sama ditugaskan di Hospital Doldam, wanita itu tak pernah menyembunyikan pendapatnya mengenai kekacakan lelaki itu. Bahkan mereka bercinta dengan baik sekali dengan ke akhir siri ini.

areum dan euntak dalam romantic doctor kim 2

Disebabkan gandingan mereka ini yang sangat serasi, kebanyakan penonton berharap agar mereka benar-benar bercinta dalam dunia sebenar. So Juyeon juga telah menjawab persoalan peminat mengenai hubungan rapatnya dengan Kim Minjae.

Kami seperti keluarga. Kami tak bercinta dan tak ada peluang langsung untuk kami memulakan hubungan. Minjae juga sering menerima soalan seperti ini, jadi saya rasakan seperti kami berlakon dengan baik sekali dan saya bersyukur kerana penonton sukakannya. Memang benar semasa berlakon, kami akan menganggap bahawa ianya adalah benar. Seperti saya, saya tiada rahsia kepada lakonan jadi saya tak akan nampak meyakinkan kecuali saya menunjukkan emosi yang sebenar. Untuk babak manis dan romantik, saya akan mendengar banyak lagu cinta.

so juyeon

Hancur harapan peminat yang berharap agar So Juyeon dan Kim Minjae bersama sebagai pasangan kekasih. Rupanya mereka dah macam adik-beradik, peliklah kalau anggap lebih daripada itu kan!

Mesti ramai yang dah mula rindu dengan “Romantic Doctor Kim 2” kan? Apa kata anda marathon kembali drama ini pada hujung minggu ini!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...