Ikuti Kami:

‘Snowdrop’ Duduki Tempat Pertama, Ini 10 K-Drama 2022 Paling Banyak Jadi Sebutan Di Twitter

‘Snowdrop’ Duduki Tempat Pertama, Ini 10 K-Drama 2022 Paling Banyak Jadi Sebutan Di Twitter

Pelbagai drama Korea telah ditayangkan pada 2022, agak-agaknya K-Drama manakah yang paling banyak menjadi bualan penonton?

Terbaru pada 29 Ogos, Twitter Korea telah mengeluarkan maklumat baharu tentang penglibatan pengguna Twitter dengan kandungan Korea seperti drama, filem dan webtoon.

Menurut carta yang dikeluarkan, negara yang paling banyak ‘tweet’ tentang kandungan Korea pada tahun 2022 ialah Korea Selatan. Kemudian, diikuti dengan Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, India dan Malaysia berada di tempat ke-7.

k-drama 2022

Bukan itu sahaja, top 10 K-Drama yang paling banyak menjadi bualan netizen seluruh dunia di Twitter pada 2022 juga telah dikongsi.

Menurut analisis yang diambil dari tarikh 1 Januari 2022 hingga 18 Ogos 2022, drama lakonan Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in iaitu “Snowdrop” merupakan siri yang paling kerap disebut di Twitter. Diikuti dengan “Twenty Five, Twenty One” di tempat kedua, “A Business Proposal”, “All of Us Are Dead” dan “Our Beloved Summer”.

Korang dah tonton ke semua drama dalam carta top 10 di atas?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...