Meskipun “Snowdrop” sudah lama tamat, namun JTBC tetap tidak mendiamkan diri mengenai kontroversi putar belit sejarah yang pernah ditimpa drama itu.
Sebelum ditayangkan lagi, naskhah berkenaan dituduh menggunakan figura bersejarah tanpa kebenaran selain meromantikkan ejen Perancangan Keselamatan Kebangsaan meskipun mereka terkenal dek keganasan dan korupsi suatu ketika dahulu.
Selepas JTBC meminta maaf dan menjelaskan hal sebenar, dakwaan berkenaan terus berlegar-legar di sekitar laman komuniti sehingga dilaporkan kepada Suruhanjaya Standard Komunikasi Korea (KOCSC).
Terbaru, JTBC mengeluarkan kenyataan baru pada 8 April lalu di mana mereka menjelaskan bahawa saman telah difailkan ke atas individu yang mereka cerita mengenai “Snowdrop” atas niat buruk.
Disebabakn oleh khabar angin yang tersebar itu, para pelakon drama berkenaan didedahkan dengan serangan daripada individu dalam internet termasuklah syarikat produksi dan agensi penaja.
JTBC membuat keputusan bahawa kerosakan seperti itu tidak boleh dilalui setiap kali sesebuah naskhah terpalit kontroversi. Oleh itu, stesen penyiaran berkenaan memilih untuk menfailkan saman sebagai peringatan kepada penonton bahawa perbuatan itu adalah sesuatu yang serius.
Nampaknya JTBC tak main-main.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.