Ikuti Kami:

Mahkamah Tolak Permohonan Henti Tayangan ‘Snowdrop’

Mahkamah Tolak Permohonan Henti Tayangan ‘Snowdrop’

Dek kontroversi putar belit sejarah, sebuah kumpulan sivik iaitu ‘World Citizen;s Declaration’ telah menfailkan sama buat drama “Snowdrop”.

Kata mereka,

‘Snowdrop’ mungkin akan mengagungkan staf Agensi Keselamatan Kebangsaan yang telah mendera dan membunuh ramai figura demokrasi tanpa sebab kukuh dan mengajar pandangan sejarah yang salah kepada generasi yang tidak melalui situasi itu.

jtbc snowdrop

Manakala pihak JTBC pula berkata,

‘Snowdrop’ ialah rekaan yang memaparkan naratif peribadi bagi sesiapa yang digunakan dan dikorbankan oleh orang berkuasa. Pemohon yang mengatakan sejarah telah diputar belit dan diremehkan akan mendapat jawapan mereka selepas drama ini berkembang lebih dalam episod akan datang.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini mengenainya. Jabatan Ke-21 Perjanjian Awam di Mahkamah Daerah Seoul Barat telah menolak injuksi yang dimohon oleh kumpulan berkenaan terhadap JTBC selepas mendengar pandangan kedua-dua pihak,

Walaupun kandungan ‘Snowdrop’ berdasarkan pandangan salah mengenai sejarah, seperti yang dinyatakan pemohon, agak sukar untuk mengatakan bahawa sesiapa yang menonton drama ini akan menerimanya sahaja.

jtbc snowdrop

Malah pihak mahkamah juga mengatakan bahawa drama berkenaan tidak melanggar hak cipta pemohon memandangkan ia tidak dituju padanya secara terus.

Seorang pemohon tidak boleh memohon hentian tayangan sewenang-wenangnya, bagi pihak umum dek takut ianya akan melanggar hak peribadi mereka.

Maknanya “Snowdrop” tak melanggar apa-apa undang-undang pun. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...