Ikuti Kami:

“SM Entertainment Punca” – Tak Hadir Rakaman Berminggu, Artis Bawah Agensi 100 Boikot KBS Tapi Kenapa?

“SM Entertainment Punca” – Tak Hadir Rakaman Berminggu, Artis Bawah Agensi 100 Boikot KBS Tapi Kenapa?

Tak semena-mena, agensi 100 yang dipimpin MC Mong menghadapi ketegangan dan saling boikot satu sama lain.

Lee Moo-jin, yang bernaung di bawah label Big Planet Made Entertainment milik 100, tidak menghadiri sesi rakaman program YouTube KBS “Lee Mu-jin Service” pada 6 Mac. Selain itu, penyampai Lee Soo-geun, yang juga berada di bawah agensi yang sama turut membatalkan rakaman program KBS JOY “Ask Anything” pada 7 Mac.

Sebelumnya, pihak 100 mendakwa KBS menghalang penyanyi Xiumin EXO daripada tampil di program muzik “Music Bank” dek dihalang oleh SM Entertainment, bkeas agensi penyanyi itu. Xiumin, yang kini bernaung di bawah label INB100 bawah 100, dikatakan tidak dapat muncul di program yang sama dengan artis-artis SM Entertainment. Pihak 100 meluahkan rasa tidak bersetuju dengan keputusan ini dan memboikot KBS, menyebabkan artis-artis mereka menarik diri dari program KBS.

xiumin

Lee Moo-jin, yang merupakan hos “Lee Mujin Service”, turut mengambil bahagian dalam boikot ini, dan rakaman program tersebut diteruskan dengan tetamu Kyujin dari kumpulan NMIXX yang menyanyi sendirian. Ketiadaan hos Lee Soo-geun pula menyebabkan rakaman program “Ask Anything” dibatalkan.

Walau bagaimanapun, pihak KBS dengan pantas menepis dakwaan agensi itu namun 100 tetap meneruskan boikot tersebut, Ini kerana mereka bertegas telah cuba menghubungi ketua bahagian hiburan KBS namun tidak menerima sebarang respon bagi menyelesaikan isu artis mereka yang tidak dapat muncul di rancangan saluran tersebut,

Jika artis kami tetap muncul dengan mengikut syarat KBS, situasi yang tidak adil ini akan terus berlarutan.

Sama-sama kita nantikan jika ada perkembangan mengenai isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...