Ikuti Kami:

[GEMPAR] Chen, Baekhyun & Xiumin EXO Fail Notis Tamat Kontrak Dengan SM Entertainment

[GEMPAR] Chen, Baekhyun & Xiumin EXO Fail Notis Tamat Kontrak Dengan SM Entertainment

Hari yang kelam ini semakin suram dek berita kurang enak buat peminat EXO.

Terbaru, tiga dari ahli kumpulan itu iaitu Chen, Baekhyun dan Xiumin dilaporkan telah menfailkan notis tamat kontrak bersama SM Entertainment dek konflik yang tak dapat diselesaikan.

Menurut peguam Lee Je-hyuk dari firma LIN, mereka bertiga telah menghantar 7 permohonan untuk mendapatkan dokumen pendapatan dan bayaran tiga artis dari Mac hingga Mei.

Percaya kerana terdapat masalah pada beberapa aspek pendapatan mereka, Chen, Baekhyun dan Xiumin memilih untuk mendapatkan rekod telus pengiraan pendapatan syarikat; namun SM Entertainment mendakwa bahawa mereka tidak boleh mendedahkan informasi berkenaan kepada artis.

exo cbx

Lagi pula, LIN menyatakan bahawa agensi itu turut memaksa artis menandatangani kontrak eksklusif yang panjang selama 12 ke 13 tahun selain turut meminta mereka menandatangani kontrak secara pra-matang bagi memanjangkan ikatan itu hingga 17 ke 18 tahun.

Nantikan kemas kini lanjut mengenai hal ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...