Ikuti Kami:

“Ada Seorang Wanita Berlakon Sebagai Kekasih Saya Sejak Beberapa Tahun Ini..” – Sehun EXO Luah Kekecewaan

“Ada Seorang Wanita Berlakon Sebagai Kekasih Saya Sejak Beberapa Tahun Ini..” – Sehun EXO Luah Kekecewaan

Semalam, dunia K-Pop digemparkan dengan kisah Sehun EXO yang tiba-tiba dituduh menghamilkan kekasihnya.

Selepas menafikan hal tersebut, idola itu sekali lagi menjelaskan posisinya menerusi entri berasingan di Instagram miliknya,

Ada artikel mengarut yang berterbangan di Internet sejak beberapa hari lalu dan saya mahu menangkap mereka secepatnya lantas saya terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang. Seperti yang diketahui peminat, ada seorang wanita yang berlagak seperti kekasih saya sejak beberapa tahun ini dan menulis menerusi media sosial seperti kami adalah pasangan bercinta.

sehun exo

Tambahnya,

Dan saya tahu kerana ada mendengar mengenainya tapi saya benar-benar tidak mengenali wanita itu dan isu tidak relevan ini menjadi semakin besar. Saya ingin menegaskan bahawa bukan saya di dalam gambar dan entri yang tular di serata Internet sekarang ini.

Kesian Oh Se-hun..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...