Ikuti Kami:

SM Bakal Ambil Tindakan Tegas, Dakwa Chen, Baekhyun & Xiumin Cuba Ambil Kesempatan Atas Nama EXO

SM Bakal Ambil Tindakan Tegas, Dakwa Chen, Baekhyun & Xiumin Cuba Ambil Kesempatan Atas Nama EXO

SM Entertainment telah menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Chen, Baek-hyun dan Xiumin dalam sidang media mereka.

Terbaru, Chen, Baek-hyun dan Xiumin telah mengadakan sidang media dan mendakwa bahawa SM tidak menepati surat perjanjian mereka.

Sebagai respon, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mereka termasuk menjelaskan mengapa dakwaan yang dilakukan oleh tiga ahli EXO itu adalah palsu dan tidak benar.

Malah, syarikat itu turut menyatakan bahawa Chen, Baek-hyun dan Xiumin hanya ingin menggunakan nama EXO untuk manfaat peribadi mereka serta mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli.

exo

Disebabkan itu, SM telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi bertolak ansur dengan tuntutan ketiga-tiga ahli EXO tersebut untuk membatalkan kontrak yang dipersetujui untuk keuntungan peribadi mereka.

SM juga menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chen, Baek-hyun dan Xiumin yang dikatakan cuba untuk memanipulasikan pendapat umum terhadap SM Entertainment.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MK Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...