Ikuti Kami:

SM Entertainment Langgar Surat Perjanjian, Agensi Chen, Baekhyun & Xiumin Bakal Adakan Sidang Media Tergempar

SM Entertainment Langgar Surat Perjanjian, Agensi Chen, Baekhyun & Xiumin Bakal Adakan Sidang Media Tergempar

Ada sebab rupanya kenapa 3 ahli EXO ini memilih untuk meninggalkan SM Entertainment..

Pada 10 Jun, agensi INB100 yang merupakan ‘rumah’ kepada Chen, Baek-yun dan Xiumin mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang media tergempar hari ini, susulan ditipu dan menerima layanan tidak adil dari SM Entertainment.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan,

Pada bulan Jun tahun lalu, EXO-CBX secara baik telah menyelesaikan hal undang-undang termasuk penamatan kontrak eksklusif dan fail aduan dengan Suruhanjaya Perdagangan Adil bersama SM Entertainment. Pada masa itu, kedua-dua pihak menyelesaikan masalah itu melalui rundingan, dengan percaya bahawa mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa mengikut perjanjian dan aktiviti individu artis juga akan diuruskan di bawah INB100.

exo-cbx inb100

Sambung mereka lagi,

Namun, SM Entertainment telah mengabaikan syarat rundingan yang merupakan asas perjanjian, dengan menuntut INB100 untuk menyerahkan 10% hasil daripada aktiviti individu artis.

Meskipun telah menghantar bantahan rasmi yang menggariskan ketidakadilan tuntutan ini, SM Entertainment masih tidak memberi maklum balas setelah lebih dua bulan.

Nantikan info lanjut menerusi sidang media yang bakal diadakan INB100 pada 10 Jun hari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Chosun Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...