Ikuti Kami:

Sistem Netflix ‘Down’ Dek Penonton Serbu Tonton ‘The Glory 2’

Sistem Netflix ‘Down’ Dek Penonton Serbu Tonton ‘The Glory 2’

Meninggalkan penonton tergantung di penghujung bahagian pertama, sudah pasti semua tak sabar menantikan bahagian kedua “The Glory” membuka tirainya.

Mungkin kerana semua menekan pada masa yang sama, episod ke-9 bahagian kedua yang mula bersiaran bermula jam 5 petang (waktu tempatan Korea) pada 10 Mac berhadapan kegagalan untuk diakses selama lebih kurang 1 minit.

Para penonton hanya disajikan dengan notis, ‘Ada kegagalan. Maaf, kami menghadapi kesukaran dengan permintaan anda. Sila selidik lebih banyak kandungan lain di halaman utama’.

the glory 2 down

Walau bagaimanapun, kegagalan itu hanyalah sementara kerana pihak Netflix mengatakan bahawa ada masalah servis lantas menyebabkan kegagalan untuk menayangkan tayangan berkenaan.

Untuk pengetahuan, bahagian kedua “The Glory” membawa penonton menyaksikan sambungan plot pembalasan dendam Moon Dong-eun terhadap para pembulinya semasa di zaman sekolah.

Dahsyat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...