Ikuti Kami:

“Babak Seksual Melampau..” – Had Tontonan 19 Tahun Ke Atas, Ini Klu Terbesar Plot ‘The Glory 2’?

“Babak Seksual Melampau..” – Had Tontonan 19 Tahun Ke Atas, Ini Klu Terbesar Plot ‘The Glory 2’?

Bakal ditayangkan esok, ramai yang tak sabar menunggu bahagian kedua “The Glory” di Netflix.

Bagi menaikkan jangkaan ramai, seorang YouTuber ‘President Of Entertainment’ yang popular dengan pelbagai ulasan tentang drama dan filem telah berkongsi mengenai kemungkinan plot siri itu,

Semasa mengkaji bahagian kedua ini, saya sekali lagi memberikan tepukan gemuruh ke atas penulis Kim Eun-sook. Dia mencipta plot yang mendalam dan penuh perincian.

netflix the glory 2

Kunci utama yang perlu diberikan perhatian dalam bahagian ini ialah hubungan cinta antara Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) dan Joo Yeo-jung (Lee Do-hyun),

Apabila ada bibit cinta, kisah pembalasan dendam ini akan berubah dan juga orang yang terlibat turut terkesan.

Bukan itu sahaja, kata YouTuber ini, babak melibatkan ibu Moon Dong-eun yang muncul secara tiba-tiba turut akan menjadi plot twist yang mengejutkan semua nanti.

Mengenai had tontonan 19 tahun ke atas, ulasnya,

Bahagian pertama mempunyai banyak babak keganasan tapi alasan had tontonan 19 tahun ke atas untuk bahagian kedua “The Glory” ialah kerana babak seksual yang melampau. Akan ada juga babak ranjang yang mengejutkan. Ia melibatkan orang lain. Terdapat ular dalam babak ini dan ianya mmebawa maksud simbolik.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...