Ikuti Kami:

“Kena Sangat Kurus..” – Kim Hieora Dedah Bentuk Badan Makin Teruk Demi Watak Dalam ‘The Glory’

“Kena Sangat Kurus..” – Kim Hieora Dedah Bentuk Badan Makin Teruk Demi Watak Dalam ‘The Glory’

Selepas tampil dalam “The Glory”, pelakon Kim Hieora tidak dinafikan makin dikenali ramai peminat K-Drama kini.

Terbaru pada 9 Mac, saluran YouTube Allure Korea telah melancarkan video baru bertajuk ‘Lee Sa-ra insaf dan kembali?’, menampilkan Kim Hieora dari “The Glory” yang menjawab beberapa soalan mengenai drama tersebut.

Dalam video itu, Kim Hieora ditanya tentang apakah perkara keterlaluan yang dia telah lakukan untuk wataknya Lee Sa-ra dalam “The Glory”. Kongsi wanita itu,

Sa-ra sendiri bukanlah seorang yang hidup dengan motif seperti Yeon-jin atau Hye-jeong, tetapi dia seorang yang hidup di luar kewajipan dan ketagih dadah. Saya cuba mengekalkan penampilan seperti orang yang benar-benar mengalami ketagihan.

Kemudian, pelakon “Bad and Crazy” itu turut berkongsi tentang persiapannya untuk membawa watak penagih dadah dalam drama Netflix tersebut dengan berkata,

Apabila saya menyiasat orang seperti itu, badan mereka sangat kurus. Postur dan bentuk badan mereka biasanya bongkok. Pada asalnya saya sedang bersenam, tetapi untuk membina badan seperti penagih dadah, saya kurangkan senaman dan kurang minum air. Bagaimanapun, postur dan bentuk badan saya terus merosot.

Selain itu, Kim Hieora juga menjawab kadar persamaan dirinya dengan watak Lee Sa-ra,

Saya rasa 50% sahaja, kerana saya tidak mengambil dadah. Saya juga mempunyai keinginan untuk hidup, tidak seperti Lee Sa-ra.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal menemui penonton pada 10 Mac ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...