Ikuti Kami:

“3 Hari Makan Pisang Je..” – Song Hyekyo Kongsi Persiapan Babak Buka Baju Dalam ‘The Glory’

“3 Hari Makan Pisang Je..” – Song Hyekyo Kongsi Persiapan Babak Buka Baju Dalam ‘The Glory’

Akhirnya, bahagian kedua “The Glory” bakal menemui penonton tak lama lagi!

Baru-baru ini, para pelakon seperti Song Hye-kyo, Jung Sung-il, Cha Joo-young, Kim Gun-woo, dan Kim Hieora, telah menyertai satu sidang media rasmi untuk mempromosikan bahagian 2 “The Glory”.

Khususnya pada awal sesi temu bual, Song Hye-kyo berkongsi bahawa dia juga amat menantikan tayangan bahagian 2 drama tersebut. Jelasnya,

Pada mulanya, saya sama dengan penonton. Saya mahu ia keluar dengan cepat, tetapi apabila penantian semakin lama, saya takut orang makin lupa tentang drama itu.

Meningkatkan jangkaan, pelakon wanita itu turut memberi sedikit ‘spoiler’ untuk bahagian 2 “The Glory” nanti,

Saya berfikir, ‘Tidakkah semua perangkap yang Dong-eun rancang dalam bahagian 1 akan meletup di bahagian 2 nanti?’. Itu akan menjadi sangat menyeronokkan.

song hyekyo the glory

Kemudian, ketika ditanya tentang momen yang paling diingatinya ketika di set penggambaran drama tersebut, Song Hye-kyo berkongsi,

Saya berdiet untuk adegan menunjukkan badan kepada Lee Do-hyun. Saya hanya makan pisang selama tiga hari, dan sehari sebelumnya, saya langsung tidak minum air. Selepas memakai solek untuk babak itu, saya fikir saya mungkin mati sebelum penggambaran bermula. Badan saya letih dan saya rasa itu menyempurnakan lagi adegan berkenaan.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac ini. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...