Disney+ telah mengumumkan barisan pelakon utama serta tarikh tayangan bagi drama terbaru mereka iaitu “Gangnam B-Side”.
Drama yang bertemakan jenayah ini menceritakan tentang satu pasukan yang terdiri daripada polis, broker misteri dan seorang pendakwa yang mengejar kumpulan jenayah gelap yang menguasai Gangnam.
Dalam drama ini, Jo Woo-jin akan memegang watak sebagai seorang detektif yang bernama Kang Dong-woo, seorang polis elit yang diturunkan pangkat selepas terlibat di dalam satu insiden.
Manakala Ha Yoon-kyung akan membawa watak sebagai Min-seo, seorang pendakwa yang bekerja di pejabat pendakwa raya.
Sementara itu, Ji Chang-wook akan menjadi seorang broker misteri bernama Yoon Gil-ho, yang hidup sederhana di kawasan paling gelap di tengah-tengah bandar mewah itu.
Drama “Gangnam B-Side” yang dinantikan oleh penonton ini akan mula ditayangkan pada penggal kedua 2024.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.