Selepas drama “Welcome to Samdalri” tamat, Ji Chang-wook nampaknya sedang sibuk menjalani penggambaran untuk projeknya yang seterusnya!
Baru-baru ini, foto Ji Chang-wook yang sedang menjalani penggambaran untuk drama barunya berjudul “Bulk” telah tersebar di media sosial.
Untuk pengetahuan, berlatarbelakangkan kehidupan malam Gangnam, “Bulk” mengisahkan tentang pasukan jenayah yang terdiri daripada polis, pekerja yang terlibat dalam dunia minuman keras dan seorang pendakwa yang mengejar hubungan gelap.
•KDM• JI CHANG WOOK UNTUK FILM TERBARU BULK, NGUDUD DULU BANGpic.twitter.com/JJiLpoKKWW
— K-Drama Menfess (@kdrama_menfess) February 7, 2024
Menerusi hantaran yang dikongsi, lelaki itu tampil dengan wajah yang penuh luka dan berdarah, menggambarkan wataknya nanti sebagai penyelesai masalah gelap di sebalik dunia glamor di Gangnam.
Sementara itu, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah BIBI, Ha Yoon-kyung, Jo Woo-jin dan ramai lagi.
Nantikan maklumat lanjut mengenai “Bulk”!