Netflix sentiasa menjanjikan kandungan Korea terbaik buat anda! Lihat sahajalah drama “The Sound Of Magic” yang baru ditayangkan ini.
Drama muzik fantasi ini membawa kisah ahli silap mata misteri Ri Eul (Ji Chang-wook) tiba-tiba muncul di hadapan seorang gadis bernama Yoon Ah-yi (Choi Sung-eun) yang telah kehilangan impiannya, dan rakan sekelasnya bernama Na Il-deung (Hwang In-yeop), yang dipaksa bermimpi.
Baru sahaja bersiaran bermula 6 Mei lalu, namun siri 8 episod itu sudah pun berjaya menduduki tangga ke-7 dalam ranking global Netflix. Malah ianya turut tersenarai tinggi di Malaysia iaitu di tangga ke-3 dalam ranking Top 10 program TV popular.
Menurut penonton, siri ini menyeronokkan kerana memaparkan kisah pelajar yang mahu mengejar impian selain sinematografi yang dipaparkan turut memukau dan nampak ‘mahal’.
Korang dah tonton belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.