Ikuti Kami:

“Watak Ini Sesuai Buatnya” – Ramai Teruja Ji Changwook Seiras Webtoon Asal ‘The Sound Of Magic’

“Watak Ini Sesuai Buatnya” – Ramai Teruja Ji Changwook Seiras Webtoon Asal ‘The Sound Of Magic’

Tak sabar menantikan “The Sound Of Magic” yang bakal menemui penonton di Netflix pada 6 Mei ini.

Diadaptasi dari webtoon popular “Annasumanara”, ia adalah drama muzik fantasi tentang ahli silap mata misteri Lee Eul (Ji Chang-wook) tiba-tiba muncul di hadapan seorang gadis bernama Yoon A-yi (Choi Sung-eun) yang telah kehilangan impiannya, dan rakan sekelasnya bernama Na Il-deung (Hwang In-yeop), yang dipaksa bermimpi.

Selepas mendapat tahu bahawa Ji Chang-wook dipilih sebagai Lee Eul, rata-rata penonton tak sabar menantikan transformasinya menjadi seorang ahli silap mata misteri.

ji changwook the sound of magic

Nyata tak mengecewakan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja apabila pelakon lelaki itu menunjukkan imej yang seiras dan tampan sebagai Lee Eul menerusi klip video yang diriliskan Netflix.

Kata mereka,

Gilalah Ji Chang-wook!

 

Ia seperti realiti dalam webtoon itu. Dahsyatnya produksi?!

 

Memang cool betul Ji Chang-wook.

 

Barisan pelakon yang tak disangka, suasana klip dan muziknya sangat gila!

 

Tiada siapa yang boleh lakonkan ini melainkan Ji Chang-wook.

 

Semakin tak sabar menantikan apabila melihat Ji Chang-wook sebagai Lee Eul di dalam teaser ini.

 

Ini mungkin akan menjdi projek terbaik dalam hidup Ji Chang-wook.

Ji Chang-wook terbukti seorang pelakon versatil kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...